31 December 2011

Bantuan Baucer Buku RM200.00



Baucer untuk pelajar IPT/IPTS ,Politeknik ,Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.


1.Baucer akan dapat pada awal bulan Januari bergantung kepada sekolah.

2.Baucer akan diberikan sebanyak empat keping dan sekeping baucer bernilai RM50.00
.
(Pastikan di Baucer berkenaan mempunyai  nama, no.ic dan cop pengesahan)

3.Tempoh Sah Laku adalah selama tiga (3) bulan iaitu sehingga 31 Mac 2012.

4.Baucer ini boleh digunakan di kedai-kedai yang menyertai program ini.
(Senarai nama kedai akan dipamerkan di baucer berkenaan)

5.Baucer ini adalah untuk membeli buku akademik, jurnal, ilmiah dan peralatan pelajaran.

6.Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

30 December 2011

Back to School...!! 2012



Sekolah Kembali DiBuka- 04.01.2012

Kawan-kawan..!! Kerja Sekolah dah siap ke?!


SEJARAH:-

1.Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem pemerintahan zaman Tokugawa dan zaman Manchu pada abad ke-19.

2.Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.

3.Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Jepun sebelum pembukaan kedua-dua negara ini kepada kuasa-kuasa asing.

4."Masyarakat di Asia Tenggara pada awal abad ke-19 berpegang teguh kepada kepercayaan agama" Bincangkan.

5.Bandingkan hierarki masyarakat Vietnam dengan hierarki masyarakat Jepun pada abad ke-19.

6.Bincangkan faktor-faktor yang membawa meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

7.Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan di India pada abad ke-19.

8.Huraikan kegiatan ekonomi di Indonesia dan Thailand hingga awal abad ke-20.

9.Huraikan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.

10.Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar (Burma) dari tahun 1900 hingga tahun 1941.


-Folio Pengajian Am
-R&D
-Membaca buku..!! =D

Salam Pembukaan



Salam Pembukaan
BlogSpot
SMK Jalan Reko Tingkatan 6