31 December 2011

Bantuan Baucer Buku RM200.00



Baucer untuk pelajar IPT/IPTS ,Politeknik ,Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.


1.Baucer akan dapat pada awal bulan Januari bergantung kepada sekolah.

2.Baucer akan diberikan sebanyak empat keping dan sekeping baucer bernilai RM50.00
.
(Pastikan di Baucer berkenaan mempunyai  nama, no.ic dan cop pengesahan)

3.Tempoh Sah Laku adalah selama tiga (3) bulan iaitu sehingga 31 Mac 2012.

4.Baucer ini boleh digunakan di kedai-kedai yang menyertai program ini.
(Senarai nama kedai akan dipamerkan di baucer berkenaan)

5.Baucer ini adalah untuk membeli buku akademik, jurnal, ilmiah dan peralatan pelajaran.

6.Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

No comments:

Post a Comment